6 APRIL 2013

AGM BKASJ KALI KE-18, IRBID.

Tabung DARUL EHSAN

IKUTI SETIAP PERKEMBANGAN PROGRAM-PROGRAM UNIT KEBAJIKAN BKASJ 13/14.

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR JORDAN

KECEKAPAN, KESEPAKATAN, KESATUAN.

Laman Rasmi Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ)

Selamat Datang ke Laman Rasmi BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR JORDAN ~BKASJ keluarga kita~ STUDY VERSION ! | Selamat kembali ke Medan Ilmu fasal Soifi dengan jayanya, sama-sama kita berusaha. Bi Taufiq wa Najah `alaikum jamian ^_^. || Sebarang masalah boleh emailkan kepada pihak kami - bkasj@yahoo.com ||

Friday, June 14, 2013

PERISTIWA DI BULAN SYA'BAN

Setiap bulan dalam bulan-bulan Hijriah terdapat peristiwa-peristiwa yang tersendiri berkait dengan kehidupan umat Islam. Lebih penting peristiwa-peristiwa di zaman kehidupan Rasulullah SAW bersama para sahabat. Ini kerana zaman kehidupan Rasulullah SAW sebahagiannya adalah zaman penurunan wahyu. Selain itu, Rasulullah SAW adalah contoh ikutan terbaik bagi umat Islam; seterusnya para sahabat r.a. yang mendapat didikan secara langsung daripada Rasulullah SAW.

Antara peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan Sya'ban adalah:

1. Malam Nisfu Sya'ban iaitu pada hari 14 Sya'ban. Terdapat keagungan tersendiri pada malam Nisfu Sya'ban sepertimana pada bulan Rejab dengan malam Israk dan Mikraj, bulan Ramadhan dengan malam Laillatul Qadr dsb.

2. Berlaku pertukaran kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah di Masjidil Haram, Mekah pada 15 Sya'ban.

3. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun ke-5 hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam dan ramai yang telah menjadi tawanan termasuk anak perempuan Bani Mustalik. Rasulullah SAW telah telah mengahwini Barrah yang kemudiannya ditukar nama kepada Juwairiah. Melalui perkahwinan ini juga telah memberi kemenangan besar kepada Islam.

4. Perang Badar yang terakhir:

Peperangan ini telah berlaku pada tahun keempat Hijrah. Oleh kerana cabaran yang dibuat pihak musuh itu, Rasulullah SAW bersama 1,500 tentera Islam keluar untuk memerangi mereka. Namun tidak seorang pun pihak musuh ditemui kerana Abu Sufian telah pun mengarahkan tenteranya berpatah balik. Alasan mereka berpatah balik adalah disebabkan berlaku musim kemarau yang panjang, jadi tidak sesuai untuk berperang.Maka, tidak ada pertumpahan darah berlaku pada peperangan tersebut.

Peristiwa-peristiwa (sirah) ini mempunyai banyak pengajaran yang boleh dijadikan contoh tauladan sepanjang hidup kita dan generasi mendatang. Kerana kehidupan adalah bagaikan pusingan roda yang sering berputar. Mungkin peristiwa tesebut tidak sama 100%. Tetapi ada unsur-unsur kehidupan yang boleh diambil untuk dijadikan panduan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, di dalam Islam Sirah Nabawiyah adalah antara sumber rujukan syariat Islam. Bahkan sejarah-sejarah para sahabat, tabien dan khulafa' serta salafus soleh juga perlu diketahui supaya tidak terpedaya dengan pelbagai penyelewengan ilmu pada zaman sekarang.

Selain itu, penghayatan Sya’ban juga kita nobatkan sebagai mengiktiraf bulan Islam di samping strategi menolak pengiktirafan ke atas bulan-bulan Masihi yang menjadi keagungan umat Islam kini. Marilah kita sama-sama menyambut dan menghayati ketibaan Sya'ban dengan penuh keazaman untuk menambahkan amalan kita. Disamping itu, dengan penuh pengharapan kepada Allah SWT untuk kita sampai ke bulan yang seterusnya- Ramadhan al-Mubarak.

الللهم باركلنا فى رجب و شعبان و بلغنا رمضان

Sunday, June 09, 2013

TRANSFORMASI KEBAJIKAN : PAKEJ TABUNGAN

Berikutan mengenai pelancaran TABUNG DARUL EHSAN, kami dengan berbesar hati telah menyediakan beberapa Pakej Tabungan yang berlainan. Pakej-pakej ini dibentuk berdasarkan kajian terhadap latar belakang ahli BKASJ yang mana terdiri daripada pelajar tajaan JPA, MARA, DERMASISWA ZAKAT MAIS, dan PRIVATE yang sudah pasti mempunyai kemampuan untuk menabung yang berbeza.

Jadi, pakej-pakej yang kami sediakan bersifat mesra ahli dan realistik serta tidak membebankan ahli. Ini bertujuan untuk membuka peluang kepada semua ahli untuk beramal dan menabung berdasarkan kemampuan masing-masing.


Berikut merupakan Pakej-pakej yang disediakan ;

  • TABUNG BULANAN ( tabungan secara bulanan selama 1 tahun )
  • TABUNG SEMESTER ( tabungan setiap semester selama 3 semester )
  • TABUNG RED GIANT ( sumbangan bebas tanpa tempoh tertentu, 100JD ke atas )
Ahli-ahli yang berminat untuk menyertai tabungan juga bebas memilih pakej tabungan yang mereka inginkan.

:: Bkasj keluarga kita ::

Unit Kebajikan sesi 13/14

TRANSFORMASI KEBAJIKAN : BAGAIMANA INGIN MENABUNG ??

Anda ingin menyertai tabungan ?
Tidak sabar ingin melakukan amal ?
Tertanya-tanya dimanakah ingin disalurkan sumbangan ?

Memandangkan ahli-ahli BKASJ semasa telah pun mencecah lebih 500 ahli dan terpecah kepada 4 mantiqah yang berbeza, serta permintaan untuk menyertai tabungan yang memberansangkan, kami telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan 'spreadsheet' tabungan di setiap group Bkasj di laman sosial Facebook. Cara ini dilihat lebih mudah dan efektif bagi mengumpulkan data penyumbang yang lengkap.

Bagi yang berminat untuk menyertai Tabung DARUL EHSAN, anda boleh mengisi spreadsheet di link di bawah dengan lengkap. Sila catat nama ajk dan nombor telefon ajk kebajikan yang anda ingin berurusan.

Tabung DARUL EHSAN,.
https://docs.google.com/forms/d/14LYxEJDncnJ5hXfqav0cxnrcquhBf8MwnAVadUtSFGc/viewform


:: Bkasj keluarga kita ::

Unit Kebajikan sesi 13/14

TRANFORMASI KEBAJIKAN : TABUNG DARUL EHSAN



Kami bagi pihak UNIT KEBAJIKAN sesi 2013/2014 bersama seluruh AJK BADAN PENTADBIR BKASJ SESI 2013/2014 dengan berbesar hatinya akan melancarkan TABUNG DARUL EHSAN. Tabung Darul Ehsan merupakan sebuah tabung kebajikan yang dilaksanakan bagi memberi peluang kepada ahli untuk sama-sama menyumbang dalam mempertingkatkan kebajikan ahli BKASJ. Tabungan ini akan dilancarkan sepanjang sesi bermula JUN 2013. 

Antara OBJEKTIF tabungan ini dilaksanakan adalah ;

1- Memperkasakan BKASJ sebagai badan kebajikan yang bertumpu kepada kebajikan ahli.
2- Meningkatkan dan merperkukuhkan kewangan kebajikan BKASJ.
3- Memaksimumkan dana yang disalurkan untuk kebajikan ahli.
4- Membentuk ahli BKASJ yang cakna dan saling berkasih-sayang sesama ahli.

Sebarang pertanyaan berkaitan TABUNGAN mahupun KEBAJIKAN boleh menghubungi :
Ketua Unit Kebajikan : MUHAMMAD FATHI BIN MOHD NASIR -0776141639 (fb: Muhammad Fathi )
Timb. Unit Kebajikan : NUR'AIN A'QILAH BINTI ALI -0779540969 ( fb: Ain Aqilah Ali Aqil )

" Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia. " [al-Hadid : 18]

:: Bkasj keluarga kita ::

Unit Kebajikan sesi 2013/2014

Saturday, June 08, 2013

*Mehnah ITU MANIS~



“Bon,aku nak pergi pantai petang ni.Nak ikut tak?”
Abon angkat kepala.Pandang Catt.
“Aku tak salah dengar ke acane ni?”Bon pegang telinga dia.Semalam baru lepas buang segala tahi-tahi yang dok lekat dekat telinga.Jadi rasanya memang dia tak salah dengar. Lagipun jarak dia dengan Catt sedepa aja pon.
“Aku seriyes ni.Pernah ke aku main-main?”Buku Reference Kimia tu Catt susun cantik-cantik dekat hujung meja studi.
Tepu ngadap formula.
Kepala berat.
Pusing.
Masalah datang menghendap tanpa henti.
Mesej dari bro Ikmal,murabbi bulatan gembira dia,Catt biarkan tak berbalas.Bukan sengaja tak nak balas tapi Catt rasa tak sanggup nak balas.
Kenapa?
Jawapannya Catt rasa tak ada dalam skema.




****************************************
Petang sepoi-sepoi dengan kelibat angin menderu sekali-sekala.Mata mendarat ke tebing pantai yang dihempas ombak.
Jiwa kacau.
Catt baring menghadap langit biru.
“Kau okey ke tak ni?”Abon berdiri tegak.Cover wajah bujur Catt dari kena sinaran mentari.
Keluhan berat dihela.
“Kau rasa?”Catt masih bermain teka-teki.Dari tadi,Abon tanya.Jawapan Catt bagi dengan gelengan.Tak pun dengan keluhan.
“Kau rasa lega ke lepas mengeluh?”
Jeda.
“Kau rasa lega dengan menjauh?”
Kedu.
“Lepas kau rasa lega,baru kasi tau aku.Kalau tak,aku tak suka nak paksa.”Abon berpaling. Melabuhkan duduk di sebelah Catt.
Tangan kanan capai headphone lalu sumbat dekat telinga.Allah knows dari Zain Bikha mula berlagu.
Catt mula bersoal jawab dengan diri sendiri.
Apa yang dia rasa?
Penat?
*Angguk laju-laju*
Penat dengan apa?
Tarbiyah?
Dakwah?
*Zipp mulut ketat-ketat*
Tetap tak ada jawapan untuk soalan tu.
“Bon…”Perlahan aja suara yang keluar dari kerongkong.
Abon berpaling menghadap dia.
“Kenapa nangis?”
“Mata masuk pasir?”
“Salah ke lelaki menangis Bon?”
“Tak salah.Lelaki tu pun manusia biasa ,Catt.Kita express apa yang kita rasa pakai air mata gak.”
Pass sapu tangan.
Gracias.”
“Dah sedia nak bukak cerita?”
“Aku rasa macam nak keluar dari usrah.”Lambat-lambat Catt mengutara kata.
“Kenapa?”Headphone sudah mulurut ke leher.

“Aku rasa tak layak nak ikut tarbiyyah.Aku rasa rendah diri dengan korang sume.Result aku tak seberapa.Mutabaah ibadah aku banyak lopong nya dari bertanda.Keje aku sepanjang cuti ni menternak dosa lebih banyak dari mengutip pahala.Semangat aku membara part awal-awal je,baru masuk gear 1 dah pancit.Padahal korang sume dah memecut dengan gear 3.Aku rasa tak mampu nak kejar.Aku rasa aku tak layak nak dapat murabbi sebaik bro Ikmal.Aku rasa  kerdil Bon.Kecik je depan korang sume.”Tunduk merenung lantai pasir.
Basah lagi.
Malahan lebih lebat dari tadi.
Abon menepuk-nepuk belakang Catt perlahan.
“Catt..kita hidup ni memang tak tipu cakap penat.Lelah.Being a khalifah-is a tiring job,but worth it! Sume tu ada manisnya di penghujung.”
Diam seketika.
“Sebab apa aku cakap manis? Even kita bekerja untuk ummat tapi gaji tak ada.Kerahan tenaga kita dituntut,tapi duit tetap mengalir.Saat dan minit kita dipinjam,tapi takkan dibayar balik.Apa yang manisnya?”
Lambaian tafsir dari ayat 111 Surah At-Taubah mula menari-nari di kotak ingatan. Mafhumnya berbunyi : “Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin,baik diri maupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.Mereka berperang di jalan Allah;terbunuh (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat,Injil dan Al-Qur’an.Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu,dan demikian itulah kemenangan yang agung.”
“Allah janjikan sorga untuk kita bilamana kita melabur masa dan tenaga kita untuk Dia.”
“Tapi,aku rasa tak sanggup nak pikul tugas ni.Terlalu berat untuk aku Bon.”
“Kau dah fikir masak-masak?”
*angguk laju-laju*
“Aku tak rasa kau dah cukup bersedia untuk tinggalkan tarbiyyah.”
“Kenapa kau cakap macam tu?”Dahi membentuk kerutan kek lapis.
“Kau rasa kau dah cukup kuat untuk kendalikan hidup kau tanpa zikir,duduk memikir,sharing dari hati ke hati,sedia nak face to face dengan realiti ummat?”
“Aku boleh ikut kuliah.Tazkirah lepas maghrib sume.Tak payah ikut usrah pun aku hidup je aku rasa.”
“Jawapan kau tak cukup untuk meyakinkan aku.”Abon membuang pandang pada hamparan pantai yang menderu.
“Pandai-pandailah aku cari masa nanti.”Catt tetap tak putus asa untuk meyakinkan Abon.
“Kau tahu kenapa aku rasa berat sangat nak lepaskan kau? Kenapa bro Ikmal still nak suruh kau ikut berusrah dengan dia lagi walaupun dah dua minggu kau skip usrah? Kau tahu kenapa?”
Alih pandang Catt dekat sebelah.
“Sebab kitorang sayangkan kau.”
Tarik nafas dalam-dalam.
Bahu Catt dipeluk.”Aku sayangkan kau sebagai sahabat aku Catt.”
Catt meregangkan pelukan.”Kenapa kau sayang dekat aku Bon? Kita tak ada pertalian darah,nak kata kau kenal dalam dengan aku? Aku rasa aku kenal kau pun melalui bro Ikmal.Tapi kenapa kau layan aku macam saudara kau?”
Mata berkaca.”Sebab kau saudara seikhwah aku,ikatannya tak mampu terluah melalui kata-kata.More to action.Sebab aku berpegang dengan kata-kata dari petikan blog Mato,kawan tu datang dan pergi dalam hidup kita.Tapi sahabat seikhwah tu datang dan perginya dalam hidup kita untuk saling membaiki bukannya sekadar datang dan puji lalu berlalu pergi. Banyak bezanya dua benda tu.”
Sentap dalam.
“Tapi aku tak kuat Bon.”
Allah is indeed super sweet.We sin like crazy,yet He still shower us with His blessing.Nikmat Dia yang mana lagi kita nak dustakan Catt? Kau rasa tak kuat? Nah!
(67:13)
Surah Al-Mulk ayat 13.
"Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah.Sungguh,Dia Maha Mengetahui segala isi hati."

Allah punya banyak cara nak tunjuk kasih sayang Dia pada hamba-hambaNya.Cuma kita ni je yang tuli! Buat-buat tak nampak.Atau lebih sedap bahasanya kita ni buta dengan lambakan perhiasan duniya.Lena dengan nikmat sementara.Sedangkan Allah janjikan sorga abadi untuk hamba-Nya yang betul-betul dahagakan rahmat Dia.






Kita rasa runsing?

Muzik yang melaghakan yang kita hidangkan untuk halwa telinga.

Kita rasa tak kuat?

Manusia yang kononnya mengerti, tempat pertama kita mengadu domba.

Pada Allah,sang Khaliq kita?

Banyak sisa baki yang kita hidangkan untuk Dia.And then nak expect diri kita ahli sorga?

*lempang pipi laju-laju*

Tak layak.

Malu.Tahu tak malu?

Kita tercari-cari status-status  dan kicauan burung biru yang boleh menggugah jiwa kita yang kosong.

Err..Al-Qur’an kita campak mana?

Simpan buat barang tayangan dalam almari?

And again nak expect diri kita ahli sorga?

*tampar pipi kuat-kuat*

“Allah kasi ujian tu tanda Allah sayang Catt.”

“Tapi ujian tu berat untuk aku.”

“Allah takkan membebani hamba-Nya dengan sesuatu yang dia tak mampu Catt.Sebab hidup ni macam main game temple run.Kena maintain speed dengan skill dari awal.Sekali jatuh,kena restart balik.Bezanya dia tak ada checkpoint.Tapi hidup ni ada RnR.Allah hadiahkan solat untuk kita berehat.Rehat dalam istilah betul-betul rehat.Kau rasa tak kuat? Minta pada Sang Maha Kuat.”

Empangan tu pecah lagi.

Kali ni banjir.




“Aku biarkan air mata ni mengalir.Supaya ianya jadi saksi di Hari Pembentangan kelak.Bukti kita menangisi segala kekhilafan yang kita dah buat di bumi Allah ni.Kita masih ada peluang untuk bertobat selagi mana kita diberi peluang untuk menghirup oksigen pinjaman dari-Nya. Bertobat dengan sepenuh pengharapan.Bukan takat mintak diampunkan tapi mengharap redha-Nya seiring dengan pengampunan.”

Bahu Catt dipeluk erat.

Syukur.Catt rasa lega sekarang.

Mesej bro Ikmal kembali terlayar di tubir mata.

Usrah, tak pernah gagal mendekatkan kita dengan Allah.Ianya salah satu connection yang excellent line nya.Tak pernah unavailable.

“Jadi dai’e ni kena kuat.Mana boleh lembik.Kalau lembik tak macholah.”

Alhamdulillah.

Terima kasih,Ya Allah.Sebab hadiahkan aku manusia-manusia yang sentiasa dekat dengan Kau.Saling melengkapi.Semoga ukhuwwah ni kekal hingga ke sorga.


~nano.faham~

Nabilah binti Mohd Nordin
Tahun 1,Universiti Al Albayt ,
2013

[ REJAB ] Peristiwa Israk Mikhraj

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab
1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.
1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

Salam Imtihan



Friday, April 05, 2013

Lawatan Delegasi JAIS & MAIS 2013.


Pada 6-11 Februari yang lalu, Badan Kebajikan Anak Negeri  Selangor  Jordan (BKASJ) menerima kunjungan delegasi JAIS-MAIS dalam siri lawatan kerja ke luar negara. Diketuai oleh Dato’ Dr. Abdul Halim bin Tamuri (MAIS), Tuan Ahmad Bustaman bin Abdul Latiff (JAIS)  dan Tuan Muhamad Asmadi bin Mustakim (JAIS). 


Objektif kedatangan Delegasi Pegawai MAIS-JAIS-LZS:
- Penambahan Universiti di negara Tunisia, Turki, Jordan (Balqa') dan Mesir

Penekanan yang disampaikan oleh pegawai tersebut ialah :
- Penguasaan bahasa Arab dari sudut komunikasi sesama masyarakat dan kecemerlangan akademik
- Cadangan aktiviti BKAN : Mengadakan kelas intensif kepada anak Selangor
i) Mingguan / Bulanan
ii) Mohon elaun dari pihak MAIS
iii) Mengambil manfaat daripada Markaz Lughah Selangor

-Kempen Galakan Penguasaan Bahasa Arab.

-Program 'Tabanni' (Anak Angkat).

-Ziarah Ahli.

-Tambah Yuran Ahli mengikut kesesuaian dan kemampuan ahli.