Friday, October 15, 2010

Cerita Bantuan Umum

Kepada semua ahli BKASJ sesi 2010/2011, semoga kita semua sentiasa berada dalam hidayah dan maghfirah dari Allah s.w.t
Kami dari Unit Zakat BKASJ ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada rakan2 yang baru memulakan sesi pemelajaran di sini. Tidak lupa kepada rakan-rakan yang lama, selamat meneruskan mujahadah yang masih belum selesai.


Antara bidang tugas Unit Zakat BKASJ ialah :
1) Menguruskan hal-hal yang berkaitan bantuan umum pelajaran MAIS dan Dermasiswa Zakat Selangor.
2) Menjadi individu tengah antara pelajar dan MAIS serta Lembaga Zakat Selangor. Hal ini termasuklah urusan-urusan seperti menanyakan tentang duit zakat dan bantuan, menghantar muaddal dan maklumat pelajar kepada MAIS, memaklumkan maklumat terbaru dari MAIS sekiranya ada, dan segala bagai.
3) Mengeluarkan surat sokongan mewakili BKASJ kepada pemohon yang ingin memohon bantuan umum pelajaran.
4) Menguruskan tuntutan semula bayaran markaz lughoh untuk pelajar dari MAIS.

Majlis Agama Islam Selangor melalui Lembaga Zakat Selangor,seperti tahun-tahun yang lepas, menawarkan Bantuan Umum Pelajaran kepada semua anak selangor di jordan yang memohon serta memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Antara perkara utama yang akan diberi kepada pemohon yang berjaya adalah:
1) Wang bantuan pengajian berjumlah RM 5000.00 bagi setiap tahun sehingga selesai tempoh pengajian di sini (mengikut tahun).
2) Tuntutan semula wang bayaran membeli buku-buku pengajian sepanjang tempoh pengajian tidak lebih dari RM 1000.00
3) Tuntutan semula wang bayaran tiket penerbangan sebanyak 70 % dari harga tiket penerbangan standard(kelas ekonomi), untuk sekali pergi dan balik sahaja.
Bagi mereka yang berminat untuk memohon, sila isikan borang Bantuan Umum Pelajaran yang telah diedarkan di mantiqah masing-masing. Perlu juga diingatkan bahawa pemohon hendaklah terlebih dahulu sudah mendaftar sebagai ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan sesi 2010/2011.

PENGUMUMAN – Bagi rakan2 yang berada di Irbid dan ingin mendapatkan borang bantuan umum, bolehlah mendapatkannya dari Amirul Hafiz bin Ali,Tahun 2, Yarmouk,bagi syabab dan Amal Basyirah Binti Othman, tahun 2, Yarmouk bagi akhawat.

MUDAHNYA MENGISI BORANG.....
Bagi mereka yang ingin memohon,mula-mula, sila baca Bismillah.Sila tetapkan dalam minda anda bahawa urusan ini amat mudah, kerana psikologi yang sihat mendorong kita untuk melakukan pekerjaan tersebut dengan lapang hati.
Anda diingatkan untuk mengisi butiran yang diperlukan dengan lengkap. Pastikan anda membaca arahan yang dinyatakan dalam borang tersebut dengan berhati-hati. Pengecualian butiran hanya diberikan kepada butiran yang berkaitan dengan dokumen-dokumen yang perlu diuruskan oleh ibu bapa anda di Malaysia seperti salinan kad pengenalan, slip gaji pekerjaan, cop JKKK Kampung atau nazir, dan segala bagai. 3 dokumen utama yang perlu dikepilkan sekali dengan borang permohonan ialah :

a. SURAT TUNJUK SEBAB- anda perlu menulis surat rasmi,ditujukan kepada MAIS,tentang sebab mengapa anda ingin memohon bantuan umum,tidak kurang daripada 83 patah perkataan.Surat ini hendaklah bercetak komputer(print) bagi menunjukkan keformalitian surat tersebut.Sila jangan guna kertas daripada buku nota jamiah yang bergigi-gigi di bhgian tepi kertas tersebut.

b. SURAT KEMASUKAN UNIVERSITI DI JORDAN DARI MSD- Anda perlu mendapatkan surat dari pihak MSD mengesahkan sesi pemelajaran anda di sini. Insyaallah ini akan pihak zakat uruskan. anda xperlu wat apa2.

c. SURAT SOKONGAN DARI UNIT ZAKAT BKASJ- Juga unit zakat bereskan. Anda xperlu wat apa2.

Kemudian, setelah anda dapatkan lampiran (a) seperti yang dinyatakan di atas, sila serahkan kepada individu telah kami lantik di setiap mantiqah, untuk diserahkan kepada unit zakat. . Itu sahaja.Lihat, mudah bukan?
Borang permohonan ini dihendaklah diserahkan kepada pengerusi unit zakat BKASJ sebelum 20 november 2010,untuk tujuan disemak semula dan terus dihantar ke MAIS di Malaysia pada 1 Disember 2010. Sebarang borang permohonan yang lewat..harap maaf…kami tidak akan layan, bukan kerana kami tidak mahu melayan,tetapi kerana kami terpaksa tidak melayan dan kami terpaksa berlaku syadid. Hal ini adalah bagi mengelakkan sebarang ungkitan, tohmahan, serta kritikan seperti tahun-tahun lalu yang mendakwa bahawa unit zakat BKASJ lambat mengambil tindakan terhadap borang yang telah dikumpul. UNIT ZAKAT BKASJ HANYA AKAN MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN BANTUAN UMUM KEPADA MAIS, HANYA 1 KALI SETIAP TAHUN. JADI, UNTUK SESI 2010/2011, BORANG INI AKAN DIHANTAR PADA 1 DISEMBER 2010 SAHAJA. JADI, HARAP KEPADA RAKAN2 YANG BERMINAT UNTUK MEMOHON, SILA MAKLUM TENTANG PERKARA INI.

Aliran gerak kerja pengurusan borang bantuan umum.




Soalan Kegemaran yang biasa ditujukan kepada Unit Zakat :

1.Soalan : “Boleh ke kalo da dapat bantuan umum, tapi ana nak tukar kepada pakej dermasiswa?”
Jawapan : Unit Zakat hanya boleh mengeluarkan surat sokongan kepada surat permohonan yg dibuat oleh anda dan kami tidak mempunyai sebarang autoriti untuk menukarkan bantuan umum kepada dermasiswa. Seterusnya terserahlah kepada pihak MAIS bagaimana untuk mempertimbangkan permohonan tersebut. Kebiasaannya, akan gagal.

2. Soalan : “ saya kat Malaysia, dah uruskan borang bantuan umum, dan dah dapat pun ‘claim’ duit tiket kapalterbang….cume tak dapat nak ‘claim’ duit kitab n bellum dapat duit bantuan lagi. Jadi, perlu ke saye isi borang permohonan bantuan umum ni skali lagi kat joden ni?”
Jawapan : Ya, tuan perlu isi borang permohonan itu sekali lagi . Hal ini kerana, bantuan umum akan diberi hanya apabila permohonan diluluskan oleh MAIS, dan antara cara permohonan tersebut boleh lulus ialah melalui borang yang dihantar oleh Unit Zakat BKASJ beserta surat sokongan dari kami. Sekiranya tuan tidak isi, kami gusar tuan tidak akan mendapat duit ‘claim’ kitab dan bantuan pelajaran. Memang benar tuan dah dapat duit tiket, kerana duit tiket boleh di’claim’ dengan hanya menggunakan surat tawaran dari KPT Malaysia. Berlainan pula halnya dengan tuntutan duit kitab dan yuran pengajian yang memerlukan surat sokongan dari Badan Negeri dan Surat MSD Jordan.
*saya memohon maaf kepada individu yg pernah bertanyakan soalan ini kepada saya ketika penerangan di Mu’tah kerana jawapan yang saya berikan ketika itu adalah salah dan menyimpang*.

3. Soalan : “Abang, ana ni pelajar tahun satu yang dapat tajaan dermasiswa MAIS. Ana denga cite ,nanti ade duit ‘claim’ untuk bayar markaz lughoh yang mahal2 tempoh hari ye? Sungguh ke?”
Jawapan : ‘Sungguh’. Insyaallah, seperti tahun-tahun yang sudah, kami akan uruskan tuntutan semula bayaran tersebut dari pihak MAIS. Kebiasaannya, MAIS akan cuba deposit bayaran tersebut, sama waktu dengan mereka deposit duit dermasiswa untuk kali yang seterusnya. Wallahua’lam…

4. Soalan : “ Bile nak masuk duit dermasiswa ni??? Aku da kering ni!! Tiap hari makan falafel je..”
Jawapan : Maklumat yang terakhir kami peroleh dari pihak MAIS berkenaan kemasukan duit dermasiswa adalah pada dua minggu yang lepas, mereka mengatakan bahawa dermasiswa akan dimasukkan pada hujung bulan sepuluh 2010. Bagaimanapun, melalui pengalaman2 yang rakan2 sendiri sedia maklum, kemungkinan besar berlakunya anjakan tarikh daripada tarikh yang ditetapkan. Kami unit zakat insyaallah akan sentiasa menghubungi pihak MAIS dari masa ke semasa. Doa2lah supaya segala urusan kita semua dimudahkan.

5. Soalan : “Sheikh, kawe ni bukan oghe selangor…..tapi kawe nok cube try gok bantuan umum MAIS….buleh ke dok? Kawe pakai la alamat demo ke…mugo demo oghe Selangor kan..…’’
Jawapan : Sheikh…..maaf la sheikh…. Tak bole la mcm tu….sebab…..kite kene ingat balik…duit bantuan ni adalah duit zakat….zakat yang dibayar oleh rakyat negeri Selangor…jadi kerajaan dah amanahkan duit ni untuk mereka yang berhak dari kalangan rakyat Selangor…jadi kami kene la memberikannya kepada mereka yang berhak.

Suka untuk kami menyatakan di sini, kami akan cuba buat yang terbaik dalam mengerjakan apa yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kami. Sekiranya terdapat kepincangan yang berlaku, sila maklumkan kepada kami agar dibetulkan. Dalam masa yang sama juga, kami hanyalah sebagai pemudah cara antara rakan2 yang dihormati sekalian dengan pihak MAIS dan Zakat dan Kami bukanlah bekerja sebagai pegawai MAIS sendiri. Harap rakan2 yang mulia sekalian dapat memahami kedudukan kami ini.

Sebarang masalah dan persoalan lanjut, bolehlah menghubungi kami yang dipertanggung jawabkan untuk bahagian zakat BKASj di talian :
Amirul -0779186513 / splintercell_042002@yahoo.co.uk.
Amal Basyirah -0777289504 / aremal_91@yahoo.com.my

0 comments for "Cerita Bantuan Umum"

background