6 APRIL 2013

AGM BKASJ KALI KE-18, IRBID.

CARTA ALIR PILIHANRAYA BKASJ 2013

IKUTI SETIAP PERKEMBANGAN PILIHANRAYA BKASJ DI MEDIUM GROUP BKASJ.

HANTAR KARYA KREATIF ANDA KE KAMI

RUANGAN KARYA AHLI BKASJ.

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR JORDAN

KECEKAPAN, KESEPAKATAN, KESATUAN.

Laman Rasmi Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ)

Selamat Datang ke Laman Rasmi BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR JORDAN ~BKASJ keluarga kita~ STUDY VERSION ! | Selamat kembali ke Medan Ilmu fasal Thani dengan jayanya, sama-sama kita berusaha. Bi Taufiq wa Najah `alaikum jamian ^_^. || Sebarang masalah boleh emailkan kepada pihak kami - bkasj@yahoo.com ||

Saturday, March 24, 2012

Berita: Mac kedatangan Tetamu & Wacana harapan Selangor.

Delegasi dari Tanah Air.


Pada 19, 20, 21, 22 Mac yang lalu Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan(BKASJ) didatangi tetamu dari Tanah Air.

Delegasi yang datang kali ini membawa pencerahan dan harapan buat penuntut ilmu di Bumi Syam barakah ini, terutamanya dari kalangan penuntut anak-anak Selangor di perantauan.

Ahlan wasahlan wa marhaban bikum..kepada ad-dyuyoof al-kirom(tetamu yang mulia) yang sempat membuat roadshow ke semua Mantiqah bermula Mu'tah, Irbid, Amman dan Mafraq.


Wacana: Selangor, Harapan dan Cabaran.


Tetamu yang hadir kali ini iaitu:

1. PN MARIAM BT ABDUL RASHID-AHLI MAJLIS BANDARAN SHAH ALAM.
2. USTAZ FAHKRUR RAZI B MOHD MOKHTAR -TIMB PRES. ASEAN MUSLIM SOCIETY.
3. HJH ROHAINAH BT HASSAN -PGWAI PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN LEMBAH JAYA, BADAN AMAL "KAMI PRIHATIN" (BAKAT).
4. PN ZALEHA BT SAMAN -AHLI ROMBONGAN.

Bagi pihak Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ) sangat mengalu-alukan tetamu yang hadir waiimma ada di sesetengah MPPMJ cawangan seperti Mu'tah, Mafraq dalam fatrah imtihan awal namun..kehadiran mereka yang melihat ingin sendiri pekembangan Tanah Air, sangatlah menggalakkan.

Yang DiPertua Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan, Ustaz Mohamed Khiedier Abd Wahab dipetik sebagai berkata, "..saya sangat menggalakkan ahli-ahli BKASJ dan pelajar Jordan mengikuti program Wacana yang dianjurkan di semua mantiqah..dengan kerjasama Persatuan Zon, ini bukan sahaja menambahkan ilmu kita di dalam dewan kuliah Universiti, malah dapat menambah nilai ilmu di luar kuliah..kita semua di tuntut meraikan sesiapa sahaja tetamu yang hadir demi mengutip mutiara ilmu.."


Sambutan yang baik dari penuntut ilmu.


Selain mengadakan Wacana tentang setuasi terkini Kebajikan dan penambahkanbaikkan Ekonomi Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Puan Mariam Abdul Rashid yang lebih disenangi dengan panggilan Ummi..turut menumpukan tentang peranan Muslimah dalam pembangunan masyarakat di luar sana.

Beliau yang juga seorang Aktivis Muslimah menceritakan pengalaman yang bermakna supaya menjadi bekalan buat semua pelajar Jordan yang hadir dalam Wacana itu. Paling penting agar kita yang berada di Jordan ini, segera melengkapi ilmu yang di tuntut untuk dijadikan bekalan kepada Masyarakat nanti, supaya kita faham maksud slogan yang baik iaitulah, dari rakyat untuk rakyat, kita datang dari sumbangan rakyat(zakat/biasiswa) mudah-mudahan kita berbakti untuk rakyat pula, insya'allah.

Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan(BKASJ) mendoakan agar tetamu yang hadir terus menjadi Da'ei kepada masyarakat yang wajar dicontohi.


___________________________________________

Roadshow Wacana: Selangor, Harapan, Cabaran di Mu'tah.


Roadshow Wacana: Selangor, Harapan, Cabaran di Irbid. 



Roadshow Wacana: Selangor, Harapan ,Cabaran di Amman.



Roadshow Wacana: Selangor, Harapan ,Cabaran di Mafraq






______________________________


Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan(BKASJ).



Monday, March 19, 2012

PROGRAM WACANA NEGERI "SELANGOR; HARAPAN & CABARAN"

Assalamu'alaikum w.b.t.

makluman kepada semua ahli bkasj...
"PROGRAM WACANA NEGERI"

TAJUK : SELANGOR ;HARAPAN DAN CABARAN.
SASARAN : ANAK SELANGOR KHUSUSNYA DAN SEMUA WARGA PZ AMNYA.

Butiran lanjut adalah seperti berikut :

ISNIN 19 Mac : Mu'tah - 7.00 pm
SELASA 20 Mac : Irbid - 7.00 pm
 
RABU 21 Mac : Mafraq - 7.00 pm
 
RABU 21 Mac : Amman - 3.00 pm

SENARAI TETAMU: 

1. PN MARIAM BT ABDUL RASHID
-AHLI MAJLIS PERBANDARAN SHAH ALAM.

2. UST FAHKRUR RAZI B MOHD KH MOKHTAR
-TIMB PRES. ASEAN MUSLIM SOCIETY

3. HJH ROHAINAH BT HASSAN
-PGWAI PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN LEMBAH JAYA, BADAN AMAL "KAMI PRIHATIN"(BAKAT)

4. PN ZALEHA BT SAMAN -AHLI ROMBONGAN.

Ayuh bersama2 memeriahkan majlis.

Saturday, March 17, 2012

Kutipan Derma Khas.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Warga Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan[BKASJ] yang dirahmati Allah sekalian, sedikit makluman berita gembira.

Seorang sahabat kita, saudari Nur jannah Binti Roslan , Tahun 4 Usuluddin, Jamiah Al-albayt-Mafraq, telah menerima sepasang cahaya mata kembar pada minggu lepas. Tahniah kami ucapkan buat beliau dan suami.




Cuma, untuk mkluman semua, sehingga hari ini, kedua bayi tersebut terpaksa diletakkan dalam " inkubator " Hospital di Amman, bagi menjamin keberlangsungan kesihatan mereka atas sedikit komplikasi yang berlaku. Kos bagi penggunaan alat tersebut hampir mencecah 700 JD SATU MALAM, tidaklah termasuk perkara lain seperti medikasi dan doktor. Pihak kami dimaklumkan bahawa sehingga kini, beliau masih belum menerima bantuan kewangan dari mana-mana pihak.

Justeru, kami ingin menyeru teman-teman diluar sana dan Ahli BKASJ yang mulia, untuk bersama-sama menghulurkan sedikit bantuan kewangan melalui kutipan derma yang akan dijalankan oleh perwakilan BKASJ di Mantiqah masing-masing. Pengecualian kepada Mantiqah Irbid, insya'allah kutipan akan dijalankan melalui program MMY -"Gathering kita-kita" dan Forum Wacana Perdana.

Boleh juga terus menghubungi
Saudara Amirul Hafiz- 0779186513.

Ayuh bersama menghulurkan tangan meringankan beban..Semoga Allah memudahkan kehidupan sahabat-sahabat mulia sekalian.. :)

Thursday, March 15, 2012

Makluman Terkini: Menyambung Pengajian ke Jordan.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

PERMOHONAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE JORDAN SESI 2012 telah dibuka sehingga ke tarikh 18 MEI 2012.

Sehubungan dengan makluman di atas kepada bakal-bakal penuntut di luar sana yang ingin melanjutkan Pengajian di Jordan boleh mengikuti Prosedur Permohonan dan melayari Laman Rasmi Kementerian Pengajian Tinggi di bawah ini dan Sila klik pada Pelajar Malaysia di Luar Negara:


http://jpt.mohe.gov.my/menupelajar.php

Borang Permohonan dan Pendaftaran Pelajar Ke Universiti Jordan KPT/JORDAN/2012 boleh dimuat turun disini:

http://jpt.mohe.gov.my/PELAJAR/timurtengah/borang_kpt_jordan_2012.pdf

Bagi Ahli BKASJ yang punyai kenalan rapat sama ada ahli keluarga, saudara-mara, sahabat-sahabat...usah lupa maklumkan perkara ini pada meraka, mudah-mudahan segala urusan diberkati Allah.

Siru ala barakatillah.

Sekian, jazakallahu khairan kathiran.

______________________________

Dari: Unit Tarbiyyah Dan Akademik, Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan.



Thursday, March 08, 2012

Nota Imtihan: Ia satu Ibadah.



Ahli BKASJ mesti memahami tujuan Imtihan dan Ilmu.

Imtihan biasanya bertujuan untuk menguji penguasaan ilmu yang dipelajari. Tanpa melihat kepada matlamat belajar setiap orang, yang sepatutnya kerana Allah SWT, imtihan telah menjadi satu sistem dalam pendidikan. Sama ada menggunakan kaedah sumatif atau formatif, ia berfungsi untuk menguji kefahaman, sehingga dapat diketahui selepas itu mereka yang cemerlang dengan mereka yang sederhana. Maknanya ia menjadi alat untuk membezakan di antara seseorang dengan seseorang yang lain.


Allah Azza wa Jalla memerintahkan Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wasallam supaya melakukan ujian(imtihan) kepada golongan wanita yang datang ke Madinah selepas Perdamaian Hudaibiah tahun ke 6 Hijrah. 

Tujuannya untuk menguji keimanan mereka dan mengetahui faktor mereka berhijrah ke Madinah. Firman Allah SWT dalam Surah al-Mumtahinah ayat 10:

"...Wahai orang-orang yang beriman, apabila orang-orang perempuan yang mengaku beriman datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah mereka, Allah lebih mengetahui akan iman mereka. Dengan yang demikian, sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu mengembalikan mereka kepada orang-orang yang kafir.."

Ahli BKASJ mesti menanamkan cinta mencari Ilmu BUKAN untuk Imtihan sahaja.

Imtihan boleh berlaku dalam pelbagai konteks, sama ada kehidupan itu secara keseluruhannya atau dalam konteks yang lebih kecil. 

Dalam konteks pendidikan kita telah sedia makluman akan kepentingan dan kesannya. Berusahalah secara maksimum dan bertawakkallah kepada Allah. Ia merupakan tempoh yang sangat penting bagi seorang penuntut ilmu. Berjaya mengurus tempoh ini bermakna kejayaan, dan sebaliknya jika gagal mengurusnya maka ia bermaksud kegagalan


Tempoh imtihan ini juga menguji syariat dan ibadah. Ada yang menjadi baik pada musim imtihan tetapi kembali melakukan maksiat selepas tamat imtihan, alasannya supaya boleh jawab soalan dengan baik kerana maksiat boleh gelapkan hati. 

Terdapat juga yang fana’ dengan nota dan study group hingga melewatkan solat dan mengabaikan solat berjemaah, mereka kata masa tak cukup dan kena ‘study maut’.

Itu baru yang wajib belum lagi yang sunat seperti membaca al-Qur’an, solat sunat rawatib dan bersedekah, lagi lah jauh untuk dilakukan. Namun masih ada yang istiqamah dengan peribadi muslim, tahniah untuk mereka. 

Hakikatnya manusia adalah hamba Allah SWT selagi hayat dikandung badan, samada musim imtihan atau tidak, saat kritikal atau biasa. Allah Maha Mengetahui setiap tindak tanduk kita(intabih jiddan), sama ada yang zahir atau batin. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Hijr Ayat 97-99:


"...Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui bahawa engkau (Muhammad) bersusah hati dengan apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah daripada orang-orang yang sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu yakin (kematian)."

Tempoh imtihan perlu diurus dengan baik merangkumi ilmu dan amal. Tawakkal pula selepas daripada usaha dengan menggabungkan antara takut dan harap. Berdoa dan bermunajatlah kepada Allah dan mintalah dengan rintihan dan keyakinan. Imtihan yang berfungsi untuk menguji tahap penguasaan ilmu kita juga adalah ujian buat kita.

Kawan-kawan BKASJ rebutlah peluang semasa kita menimba ilmu di bumi syam ini, anggaplah imtihan ini satu ibadah kita. Apabila ia ibadah maka mendepaninya mendapat pahala Allah SWT. Ingat tu..di samping menjaga kesihatan, jaga hubungan baik kita dengan sahabat-sahabat, terutama hubungan dengan Pencipta kita semua..Allah Yang Maha Esa.

Maka Allah bekalkan janji, kunci kejayaan(miftahun najah) buat kita semua.

Dari Unit Tarbiyah dan Akademik BKASJ mendoakan agar kalian berjaya dalam imtihan untuk fasal kali ini. Semoga Allah sempurnakan nusrahnya dengan asbab kita berusaha kemudian bertawakkal pada Nya. USAH jemu berdoa.

Jom kita hayati apa yang telah Allah firmankan untuk orang-orang yang berjaya semasa kehidupan di dunia dan akhirat..firman Nya dalam Surah Al-Mu'minun:



1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,
2. (yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya,
3. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
4. Dan orang-orang yang menunaikan zakat,
5. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal Ini tiada terceIa.
7. Barangsiapa mencari yang di balik itu (zina, homoseksual, dan sebagainya) Maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas.
8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.
9. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.
10. Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi,
11. (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.
[Surah Al-Mu'minun : 1-11]


__________________________________

Unit Tarbiyah dan Akademik mengucapkan, selamat meghadapi imtihan..imtihan dunia menuju imtihan akhirat. Bittaufiq wan najah.