6 APRIL 2013

AGM BKASJ KALI KE-18, IRBID.

CARTA ALIR PILIHANRAYA BKASJ 2013

IKUTI SETIAP PERKEMBANGAN PILIHANRAYA BKASJ DI MEDIUM GROUP BKASJ.

HANTAR KARYA KREATIF ANDA KE KAMI

RUANGAN KARYA AHLI BKASJ.

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR JORDAN

KECEKAPAN, KESEPAKATAN, KESATUAN.

Laman Rasmi Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ)

Selamat Datang ke Laman Rasmi BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR JORDAN ~BKASJ keluarga kita~ STUDY VERSION ! | Selamat kembali ke Medan Ilmu fasal Thani dengan jayanya, sama-sama kita berusaha. Bi Taufiq wa Najah `alaikum jamian ^_^. || Sebarang masalah boleh emailkan kepada pihak kami - bkasj@yahoo.com ||

Monday, April 30, 2012

Thursday, April 26, 2012

PERATURAN & TATACARA MENGUNDI


Berikut adalah Peraturan & Tatacara Mengundi bagi Pilihan Raya Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan(BKASJ) 2012. Sila ambil cakna kepada semua Ahli BKASJ di semua mantiqah. Sila hubungi Wakil Jabatan Pilihan Raya Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan(BKASJ) di setiap mantiqah jika terdapat sebarang kesulitan.

JPR BKASJ 2012~ Telus, Amanah, Perkasakan Siasah.


__________________________________________________________


PERATURAN & TATACARA MENGUNDI. -

PEKELILING PENAMAAN CALON.

Berikut adalah Pekeliling Penamaan Calon Bagi Pilihan Raya Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan(BKASJ) 2012. Sila ambil perhatian kepada semua Ahli BKASJ.




PEKELILING PENAMAAN CALON -

Wednesday, April 25, 2012

KALAM YDPAH : قلب المؤمن دليله



بسم الله الرحمن الرحيم


 عن أَمِيرِ المُؤمِنِينَ أَبي حَفْصٍ عُمَرَ بنِ الخطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ: " إِنَّما الأَعْمَالُ بالنِّيَّاتِ وإنَّما لكُلِّ امْرِىءٍ ما نَوَى، فَمَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ، ومَنْ كانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيا يُصِيبُها أو امْرأةٍ يَنْكِحُها فَهِجْرَتُهُ إلى ما هَاجَرَ إليه" ) متفق عليه)

Di sini suka saya untuk berkongsi sebuah kisah yang telah dicoretkan oleh Syeikh Mohamed Abdurrahman Al Arefe dalam salah sebuah hasil penulisannya,insyaAllah..

Alkisah bermula di mana terdapat seorang raja yang ingin membina sebuah masjid. Pada permulaan pembinaan masjid ini,baginda telah meletakkan papan tanda yang besar tertera di atasnya nama raja tersebut.Baginda melarang rakyat jelata mahupun sesiapa sahaja daripada menginfaqkan wang atau sebarang bentuk sumbangan ke atas pembinaan masjid tersebut.

Pada suatu malam,sedang baginda nyenyak tidur,tiba-tiba baginda bermimpi,telah turun malaikat dari langit lalu memadam namanya dan menulis nama seorang wanita.Apabila baginda terjaga dari tempat beradunya, lantas baginda bersegera menuju ke masjid dan setibanya di sana, baginda berasa lega kerana namanya masih terpampang di atas papan tanda tersebut.

Mimpi yang sama muncul dalam tidurnya pada malam kedua dan ketiga.Demikian itu,nama wanita yang dititipkan oleh malaikat di atas papan tanda itu telah tersemat di ingatannya.Pada pagi berikutnya,beliau telah mengarahkan orang suruhannya untuk mencari siapakah  gerangan wanita yang muncul dalam mimpinya itu.Pencarian demi pencarian,akhirnya…..mereka berjaya  menemui  wanita yang telah diklasifikasikan oleh raja.

Wanita itu…hanyalah seorang wanita tua yang sangat miskin,kemudian dibawanya kepada raja.Berkata sang raja:
 ‘Adakah engkau telah menyumbang sesuatu ke atas pembinaan masjid yang sedang kubina ini?’

jawab wanita tua:
‘tidak,tuanku’

‘Adakah engkau telah memberi wang upahan kepada salah seorang pekerjaku?’

‘tidak,tuanku’

Lalu baginda bertanya lagi:

‘Jadi,mengapa aku bermimpi bahawa namaku dipadam oleh malaikat dan digantikan dengan namamu ?’

Lantas wanita tua itu menjawab:
‘Demi Allah,aku tidak menyumbang sedikitpun untuk masjidmu ini melainkan pada suatu hari,ketika mana aku sedang melintasi masjidmu,aku terlihat seekor kuda daripada kuda-kuda yang engkau kerahkan untuk mengangkat batu bata sedang kehausan,akan tetapi pekerja-pekerjamu mengabaikannya.Oleh itu,telahku isikan air ke dalam baldi lalu kuhulurkan kepada kudamu itu.

Dengan mendengar jawapan daripada wanita tua itu,barulah raja itu tersedar bahawa apa yang telah dilakukan oleh wanita tua itu adalah ikhlas semata-mata kerana Penciptanya sedangkan baginda membina masjid bukan lillahi taala,disebabkan itu namanya dipadam dan digantikan dengan nama wanita tua itu.

…sedikit perkongsian buat renungan bersama…

في حب الله . . .


لــو كــان حبك صادقا لاطعتــه        ان المحب لمن يحـــب مطيــــع
\
YDPAH Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan, duduk di tengah
                                                 



Naib Yang Dipertua,
Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan(BKASJ)sesi pentadbiran 2011/2012

 Nur Dhaniah Binti Mohammad Nasir 
______________________________________________


.Gambar diambil bersama delegasi daripada Malaysia yang datang ke Jordan*



Tuesday, April 24, 2012

Penting: SELANGORIAN GATHERING (SEGA) & AGM kali ke 17.


Selangorian Gathering (SEGA 12) dan AGM BKASJ KALI KE-17 dengan gabungan 4 mantiqah iaitu Amman, Irbid, Mafraq, dan Mu'tah semakin menghampiri. Bertempat di Pantai Aqabah pada 4 Mei 2012, pasti akan meninggalkan kenangan manis buat semua ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan(BKASJ).

AYUH! Kepada semua ahli BKASJ yang belum mendaftar, jom SEGERA MENDAFTAR kepada wakil-wakil mantiqah mantiqah antum.

AHLI RASMI : 7 JD
AHLI BERSEKUTU : 10 JD

AMMAN

UMAR MUTTAQI BIN ABDUL AZIZ  | 0777667684
NUR AZILAH BIN ABDUL HALIM | 07776904578



IRBID

MUHAMMAD SHAHIER BIN SA'MIN | 07779935756
SITI AMIRA BINTI DARDIRI | 0777863015

MAFRAQ

MUHAMMAD AINUR ROBBANI BIN NASOHAH | 07794443400

MU'TAH

AIMAN SUFYAN | 0776422084
SITI MURNI BINTI SHAHROM | 0779827764

Monday, April 23, 2012

ANNUAL GENERAL MEETING (AGM) BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR JORDAN KALI KE-17




Annual General Meeting (AGM) Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ) kali ke-17 pada 5 Mei 2012 bertempat di Dewan Serbaguna, Aqabah.

RASAILAH KEHANGATAN AGM KALI INI!

''UKHUWAH DISEPAKATI,PIMPINAN BERKREDIBILITI''





Friday, April 20, 2012

PERATURAN PENCALONAN.

Berikut dilampirkan Peraturan Pencalonan Bagi Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan(BKASJ) bagi sesi 2012/2013. Semoga setiap ahli cakna tentang Pilihan Raya BKASJ kali ini. Terima Kasih.




PERATURAN PENCALONAN. -

PEKELILING PENCALONAN.


PEKELILING PENCALONAN. -

Thursday, April 19, 2012

Makluman Pilihanraya Badan Kebajikan Anak Selangor (BKASJ) 12/13


Jawatankuasa Pilihan Raya BKASJ -

Wednesday, April 18, 2012

KALAM TIMBALAN YDP: MAKE THAT CHANGE


بسم الله الرحمن الرحيم وأفضل الصلوات والسلام على رسول الله سيدنا محمد
What I want to share with you guys is something that is straight forward which is, the basic idea of making changes. Something about changing ourselves..something about changing the condition of the ummah. It is very easy to complaining about people with efforts in making changes, complaining about the lack in someone's qualities, which most of us were just loved to brag about how bad things are as it's like an entertainment session for us. Plus, in sometimes,  when the efforts in reminding people about "الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر" seems to be a little pinched and less productive, here comes the part where the others constantly complaining about the people whom making the efforts until their past is just became full of complaint. But then,  who they really are as always making fuss of that?

First of all, changes is not in our hands, it is in Allah's guidance. Allah says:
إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم""

No doubt that it is Allah He does not changes one's condition or whatever that is afflicting condition until they(people) change what is afflicting in themselves. Even in this verse, Allah attribute the"change" itself to Himself. He didn't say "people" will change things but He says "He"(Allah) will change things for them. They just have to make changes inside themselves.

My dear friends,
The real bad of all of us have, is against ourselves. Worst enemy is like the best friend of ourselves. No one knows us better than ourselves. If there is one person that knows all of our weaknesses, all the bad habits that we have, if there is someone that is really really knows all these, that is ourselves. Frankly speaking, sometimes they're kind of people who loves to show their domination among the other,their superior, which sometimes goes in a devious way, most of the time they're telling the people about the religious-like opinion and thus expressing their superiority. These type of people always want to make sure that the others always fell like they do not know about the religion,and claimed they're the only  one who understand islam until the religion itself become the mean for themselves in promoting their own egoism. It is indeed ironic because the religion is revealed for us to humble ourselves and yet many of us used it to express our arrogance. We feel very full of ourselves until that it reached the level of الرياء والتكبر والصمعة"".  Psychologically speaking,some people loves to picture themselves in the community. They are so used to impressing people with how religious they're, how knowledgeable they're, how committed they're and etc, and they're constantly putting up that 'images', until they start convincing themselves that's what they really are. I'm not saying that these are wrong and no one should do this, it is good, but first we need to change the weaknesses and the 'devious' side in ourselves before minding about other people. My friends, we have to be able to be honest on ourselves if we want to talk about "changes". We must be able to stop with excessive complaining about people's acts, and start reviewing about our own's fault..

-"What am I doing wrong?"
- "what are my shortcomings?"
-"if I can make a little four or five changes in myself and doing it differently, what would it be?"
-"what are the things that I didn't accomplished last year, and I really want to?"
-"I want to memorize two more surahs..i want to achieve higher pointer in my academic..i want to finish reading and memorizing hikam ibn Atoillah..i want to know more people..i want o do this, I want to do that and I really want to".

The thing that keeping us from making those changes, that is the real deal, mate. Usually, there's going to be repeatation in our daily activites, so we must always think of something that we could do better. There's definitely some way that we can use our time better, and thus be more productive on something on our daily lifes. If we can make change and fix one day, we have the potential to make changes and fix our whole life, buddy. Try to fit everything into their specific time. There is time for solat..time for Quran..time for studying..time for riadhah..just plan our life. Most important, make those changes in our life.

But guess what? Many of us failed to maintain balance in our life, perhaps due to the reason we pulled from many directions. Our friend want their time, our community want their time, our jamaah want their  time and we ourselves, we want to be left alone to ourselves, these are the different pulls and it is important for us to maintain these pulls. A lot of times, when we failed to do it, we end up in wrong things in one or another. This is the biggest change you can bring in your life to create balance. There are people who gave  a lot of time for their friends, but for their own housemates no time at all. There are people who spend a lot of time with their friends but no time for their parents. There are also type of people whom so bend in fixing their carier,they are almost not exist in the life of their own child. It happens. Do some prioritize,buddy, between which one is priority, which one is unnecessary. So we need to access sincerely in ourselves. About what changes do we have to make.

As for me, the real changes is started with the way we spend our time. The real asset that all of us have is time. If you can manage it properly, then your life will move towards the better, and if not your life is moving towards the worse. That is essentially what it pulls down to. We have to become the people whom make a productive use of their times. All things should be specified according to the righteous time. Allah tells us about the sun and the moon, they follow their order. All of the acts of worships that we do in Islam is somehow follow upon the sun and the moon ; the prayers, fasting in ramadhan, eid, hajj and the hijri  calendar. Allah tells us that the sun and the moon followed their précised order and what we're learning from that is that our entire life should it's précised order. We should have some kind of discipline; lay out a sketch in our life. Otherwise, we'll keep thinking " I should get that job done" but we will never get it done, because we never make specific time for it. Indeed, its going to be a personal affair, each of us have to look at our own life and see "where can I make those changes". Sometimes, I myself is  the kind of people which used to play video games, texting messages and start drooling, tweeting,facebooking, watching movies, I just forgot that sun goes up and down and it really doesn't matter to me. Sometimes ,I'm really are. But yet, we have to show our respects to time..and that's the real change we could bring in our life and stop complaining about unnecessary stuff.

All of these will happen when we ourselves personally bring up the changes in our life and don't be scared to make those changes. I hope all of you benefits from this little opinion,
may Allah s.w.t guides us in this life and in the life hereafter.

Timbalan Yang DiPertua,
Badan Kebajikan Anak Selanogr Jordan (BKASJ) sesi 2011/2012,
Amirul Hafiz bin Ali

Ucapan: Tahniah & takziah kepada kepimpinan MPMMJ 2012/2013 yang baharu.


Menggumumkan Kepimpinan yang baharu.

Setelah berlangsungnya fatrah(tempoh) membuang undi yang di jalankan ke semua Mantiqah di Jordan, akhirnya Persatuan Pelajar yang menaungi seluruh Persatuan dan kelab Mahasiswa Malaysia berada di Jordan yang tertubuhnya sejak beberapa tahun yang berlalu beralih kepada tampok kepimpinan yang baharu.

Ironinya tampuk kepimpinan Persatuan di mana-mana tempat akan berubah, begitu jugalah bagi nama baru Persatuan Mahasiswa di Jordan ini iaitulah Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan(MPPMJ) yang di gazetkan sebagai usul yang diterima dalam AGM yang baru sahaja berlalu.

Bagi YDP Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan, Ustaz Mohamed Khiedier Abd Wahab, perubahan tampuk kepimpinan kali ini adalah lebih bersifat matang dan berlapang dada. Kepimpinan Saudara Muhammad Hussin Bin Fauzi yang membawa agenda MPPMJ pada sesi 2010/2011 yang lalu sangat memberikan kematangan dalam kepimpinannya, beliau juga yakin insya'allah kepimpinan baru di bawah Saudara Ahmad Kailani Bin Zahari selaku Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan(MPMMJ) sesi 2012/2013 akan lebih memastikan MPMMJ akan lebih terkehadapan dalam urusan memastikan mahasiswa di Jordan lebih berdaya saing dan memupuk semangat Tarbiyah sebagai penuntut ilmu di bumi bertuah ini.

Dalam pada itu ucapan tahniah juga di sampaikan oleh Persatuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) selaku sahabat yang akrab dengan MPMMJ (tekan ini).

"..PMRAM juga mengharapkan agar kepimpinan MPMMJ bagi sesi baru dapat menyambung perjuangan MPPMJ sebagaisebuah persatuan mahasiswa Islam ke arah mendidik dan memacu mahasiswa Islam untuk lebih maju dalam pelbagaibidang supaya dapat mencurahkan bakti kepada Islam terutama sekembalinya mereka ke Tanah Air kelak . Selamat bermuhasabah kepada MPMMJ..," ujar Presiden PMRAM, Saudara Abdul Aziz bin Ali.

BKASJ mendokong kepimpinan Saudara Ahmad Kailani Bin Zahari.

Menurut keputusan JPR MPMMJ 2012 (tekan ini), Saudara Ahmad Kailani mendapat undian tertinggi dari kalangan kepimpinan Persatuan Zon dan Badan Anak Negeri dari semua peringkat, ini membuktikan sokongan terhadap potensi beliau selaku pemimpin adalah layak, beliau merupakan bekas Ketua Biro Bimbingan Rohani PERMATA di Mantiqah Mu'tah Jordan.


Turut dipertandingkan ialah kerusi Timbalan Presiden 2 MPMMJ iaitu calon akhawat yang menang iaitu Saudari Noraziah Binti Md Esa. Ini menjadikan beliau meyandang Ketua bagi Hewi MPMMJ 2012/2013 yang baharu. Beliau yang berkarismatik dalam urusan kepimpinan itu menjadi kepercayaan bagi pengundi di kalangan Akhwat bagi pimpinan peringkat Persatuan Zon dan Badan Kebajikan Anak Negeri di Jordan ini.


Bagi warga Badan Kebajikan Anak Negeri Selangor Jordan(BKASJ) mendoakan agar kepimpinan baharu MPMMJ 2012/2013 ini menjadikan satu lebaran baru kepimpinan berteraskan tarbiyah Islam yang mengikut lunas-luans Islam. Mudah-mudahan kepimpinan ini satu taklifan yang bukan satu tasyrifan, ayuh warga BKASJ sama-sama kita doakan ukhwah islamiyyah di kalangan Mahasiswa Jordan bertambah akrab dengan kepimpinan baru yang di dambakan ini.

___________________________________________

Nota BKASJ.
(1) Semoga kita semua mendokong dasar baharu yang di warwarkan oleh MPMMJ sesi 2012/2013.
(2) Kita semua MPMMJ.


Saturday, April 07, 2012

Kalam YDP BKASJ: Mahasiswa Islam & Tanggungjawab Terhadap Kepentingan ilmu.



الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه

أما بعد .


Allah Ta'ala berfirman di dalam Al-Quran dalam Surah al-Zumar ayat ke 9 yang berbunyi:

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو الْأَلْبَابِ
"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. 

Para mahasiswa Islam Harapan Ummah.

Kita adalah masyarakat yang terpilih yang telah pun dinobatkan oleh Allah SWT sebagai satu kelompok masyarakat yang diberikan peluang untuk menuntut ilmu di Bumi Syam bertuah ini. Majoriti mahasiswa dan mahasiswi di Jordan ini adalah penuntut Pengajian Islam manakala yang berbaki adalah mahasiswa dan mahasiswi daripada bidang perubatan. 

Sekalipun wujud perbezaan antara dua displin ilmu ini namun perbezaan yang wujud tidak dapat menafikan bahawa kita semua tanpa berkecuali adalah seorang mahasiswa dan masyarakat pelajar yang sedang membina karisma ilmu agar kewujudan kita pada masa hadapan adalah satu hadiah terulung buat masyarakat manusia khususnya di Malaysia.


Maka sayugia bagi seluruh mahasiswa di Bumi Syam ini agar bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberikan kepada kita semua satu peluang untuk meraih sebanyak ilmu pengetahuan yang ada di dataran bertuah ini.

Ilmu Adalah Segalanya.

Saya menyeru kepada seluruh sahabat-sahabat Mahasiswa Malaysia di Jordan agar kembali mengkoreksi diri dari sudut ketekunan kita dalam menuntut ilmu. Sebagai seorang manusia yang bergelar mahasiswa dan penuntut ilmu, gelaran ini sudah cukup untuk mencerminkan tindak-tanduk dan aktiviti harian kita yang sepatutnya dan sewajibnya sepanjang keberadaan kita di Jordan ini. 

Tidak selayaknya kita sebagai seorang Mahasiswa Islam yang berada di menara gading yang diiktiraf dunia dan universiti-universiti pengajian perubatan hanya menjadikan aktiviti ilmu, belajar mengkaji dan mentelaah sebagai aktiviti sampingan. 

Sekiranya begitu, saya berpandangan bahawa kita adalah seorang pelancong yang datang ke Jordan untuk bersiar-siar lalu disebabkan wujud beberapa minit yang berbaki, kita habiskan minit-minit waktu yang berbaki untuk meninjau-ninjau apa yang dikebumikan di dalam buku-buku dan hasil tangan para ulama dan ilmuan silam. Alangkah rugilah kita.

Bersama Dr. Solah Abdul Fattah Al-Khalidi, di Syuwaileh Amman Jordan.









Koreksi Ilmu.

Suluhan wahyu pertama adalah satu bentakan yang menggesa agar ilmu dijadikan sebagai agenda untuk mencari ketuhanan hakiki. 

Suluhan "Iqra" telah menobatkan Islam sebagai agama yang tidak takut untuk berhadapan dengan hujah dan ilmu. Mengapa Islam perlu takut sedangkan Allah memerintahkan dalam wahyu pertama agar manusia membaca Al-Quran yang mengandungi bukti dan hujah bahawa kebenaran itu hanyalah Islam.

Allah memuliakan golongan pencinta ilmu. Dengan ilmu yang digalas, seseorang cendekiawan Islam itu akan mampu untuk menerjah ke dalam lubuk sanubari manusia agar tunduk dan menyerah diri di hadapan keagungan Allah dan Islam. 

Dengan hujah yang dilancarkan ditambah dengan keikhlasan si alim untuk mengharap cinta Allah semata-mata, hati sang pendengar akan diketuk untuk menerima Islam. Tidak hairanlah apabila usaha untuk mencari ilmu dinobatkan sebagai jihad yang paling besar di sisi ulama.

Atas dasar kefahaman yang jelas bahawa Islam adalah agama yang memandu manusia ke arah keredhaan Allah dari sudut individu, keluarga dan negara, maka para pengganti tanggungjawab para Rasul perlu untuk bersedia dengan kemantapan ilmu yang paling maksima bagi menjernihkan kembali masyarakat Islam Malaysia yang semakin leka diulit dunia.

Tugasan kita bukan sekadar berpencak di gelanggang pidato dan syarahan semata-mata, bahkan tugasan kita adalah:


(1) Menyampaikan aqidah Islam yang Maha Suci kepada masyarakat bukan Islam yang terus menganut agama-agama canaian tangan-tangan manusia
menjernihkan kembali Aqidah masyarakat muslim yang sebahagian daripada mereka sudah mula sangsi dengan aqidah Islam akibat kealpaan golongan alim dalam memberikan penekanan yang lebih kepada ilmu aqidah kepada masyarakat muslim.

(2) Bersama-sama membasmi gejala murtad yang semakin berleluasa di Malaysia dengan cara menjelaskan kepada masyarakat Islam bahawa Islam adalah agama yang tidak mengandungi sedikitpun cacat cela dari semua segi disamping mendekati golongan yang telah murtad untuk membawa mereka kembali kepada agama Islam.

(3) Bersama-sama memerangi gejala sosial yang telah menghancurkan peribadi muda-mudi Islam khususnya sehingga menyebabkan mereka semakin jauh dari aturan Islam.

(4) Berusaha menghapuskan segala agensi-agensi penaja dan pembiak kepada kemungkaran sama ada dari sudut elektronik, internet, makalah dan sebagainya.

(5) Berusaha untuk menjadikan Islam bukan sekadar agama yang bersifat ritual ibadat semata-mata bahkan berusaha untuk menjadikan Islam sebagai kuasa dan undang-undang yang merajai negara.

Tugasan yang dinyatakan di atas adalah besar dan memerlukan upaya dan tenaga yang bersungguh-sungguh daripada para mahasiswa. 

Adakah anda sudah bersedia untuk menggalas tugasan ini?

Muhasabah. Saya rasa anda wajib menjawabnya.


Yang DiPertua Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan(BKASJ) sesi 2011/2012.
Mohamed Khiedier Abdul Wahab.

______________________________________

(1) Rujukan Tafsir Al-Qur'an Al-Karim surah az-zumar.
(2) Ustaz Hairul Nizam Mat Hussain, Mantan Pre. PMRAM, Kaherah Mesir.
(3) Sumber gambar: di Jordan Al-Hasyimiyyah.