Thursday, May 03, 2012
Jumpa kami kepimpinan [BKASJ] sesi 2011/2012 di Aqabah.
Menjelang AGM kali ke 17, Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan [BKASJ] sesi 2011/2012. Seluruh kepimpinan BKASJ akan berkampung di Pantai Aqabah demi menautkan Ukhwah Islamiyyah antara kepimpinan dan Ahli BKASJ keseluruhannya.
Di kesempatan yang berbaki, seluruh kepimpinan BKASJ sesi 2011/2012 mengharapkan doa dari seluruh Ahli BKASJ waimma Ahli tidak bersekutu supaya perjalanan SEGA 12 ini dalam keredhaan Allah SWT.
Kepimpinan suatu amanah, ia akan di soalkan Allah di Hari Akhirat kelak. Mudah-mudahan segala kesilapan dan kesalahan sepanjang amanah kepimpinan ini dijalankan diberi ampunan Allah SWT.
Jumpa kami di Aqabah, Barakallahu fikumm jami'an.
Wednesday, May 02, 2012
April: Kedatangan Delegasi Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor & Ahli Rombongan.
27 April 2012.
Selang beberapa bulan setelah Projek lawatan kerja oleh pegawai Lembaga Zakat Selangor(LZS) & Pegawai JAIS yang memantau perkembangan anak-anak Selangor di Jordan pada pertengahan Februari yang lalu, Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan telah menerima pula kehadiran tetamu VIP dari CEO atau Pengarah dua Jabatan penting Kerajaan Negeri Selangor ini.
Kehadiran Pengarah utama dua Jabatan terpenting Negeri ini telah pun memberi suntikan semangat kepada semua Anak-anak Selangor di Jordan, dan meneruskan tradisi menerima tetamu yang hadir sebagai penguat azam dan tekad berada di perantauan.
Lawatan rasmi oleh Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor(MAIS) telah pun dihadiri oleh CEO kedua Jabatan ini bersama Ahli Rombongannya:
(1) Y.A.D. DATO' SETIA HAJI MOHAMAD ADZIB BIN MOHD ISA
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor.
(2) DATO’ HJ. MARZUKI BIN HUSSIN, D.S.I.S.,S.M.S.,A.M.N.,P.J.K.
Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.
(3) TUAN HAJI MOHAMED IZAM BIN MOHAMED YUSOF
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor.
(4) TUAN HAJI MUHAMAD AMIR BIN HAJI DANURI
Ketua Penolong Pengarah Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor.
(5) TUAN HAJI ABDUL HALEM HAPIEZ BIN SALIHIN
Timbalan Setia Usaha Majlis Agama Islam Selangor.
(6) TUAN HAJI YUSAINI, Wakil Syarikat Travel yang mengiringi.
Tetamu yang hadir memberikan harapan.
Tempoh kesempatan yang ada, Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan(BKASJ) menganjurkan satu sesi dialog bagi merapatkah ukhwah islamiyyah antara tetamu istemewa yang hadir bersama anak-anak Selongor di Jordan.
Dialogue session bersama Delegasi Selangor ini telah direncanakan dengan baik oleh Pengarahnya Saudara Adyka Roslan(ini) & Timbalannya. Program ini membawa secara langsung sesi dialog yang julung-julung kali diadakan di Irbid dan merapatkan hubungan dua hala antara delegasi dan anak-anak Selangor di Jordan.
Sesi soal jawab yang sangat bernilai digunakan sepenuhnya oleh para hadirin yang datang, kelihatan wajah hadirin yang ceria menambahkan lagi keyakinan pabila isu pinjaman, biasiswa dan zakat yang ironinya ditanya sahabat-sahabat ahli BKASJ yang hadir. Majlis bertambah seri dengan kehadiran Pengarah Education Malaysia Jordan(EMJ) Prof. Dr Azidan dan Pegawai Atase Pendidikan(EMJ) Ustaz Saifuddin Hussin.
Dalam sesi dialog yang diadakan segala persoalan oleh Ahli BKASJ dijawab dengan baik oleh Delegasi yang hadir dan mengharapkan apa-apa masalah boleh dirujuk terus kepada mereka.
Harapan & tekad.
Bagi pihak Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan(BKASJ), kehadiran orang yang utama ini menambahkan lagi hubungan dua hala antara Pihak JAIS dan MAIS dengan Persatuan ulung Anak Selangor di Jordan ini.
Yang Di Pertua Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan(BKASJ), Ustaz Mohamed Khiedier Abd Wahab dipetik sebagai berkata, "..Program ini menambahkan hubungan dua hala antara kita dengan pihak JAIS dan MAIS seterusnya memperlihatkan sendiri kehidupan sebenar anak-anak Selangor di Jordan kepada Delegasi yang hadir..dan mereka sangat merasa teruja dengan kesungguhan program yang bermanfaat seperti ini.."
Program Dialogue Session yang diadakan di Irbid disertai oleh Ahli BKASJ dari mantiqah Amman, Mu'tah & Mafraq..selain dialog yang dianjurkan, turut diadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang, Penyerahan Skim Bantuan Kewangan oleh Biro Ekonomi & Kebajikan BKASJ dan penyampaian sumbangan kebajikan kepada Ahli BKASJ. Ini telah disampaikan sendiri oleh Delegasi yang hadir.
Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan(BKASJ) mengharapkan semua Ahli memberi komitmen dengan setiap program persatuan yang diiktiraf oleh semua pihak sama ada di Malaysia atau di Negara Jordan ini. Mudah-mudahan segala urusan dan gerak kerja ini bernilai Ibadah di sisi Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Allahumma amin.
Kecekapan, kesepakatan dan Kesepaduan. Semoga BKASJ sentiasa berkebajikan.
_____________________________________
Sekitar Program Dialogue Session di Irbid, Jordan.
________________________________________________
Saf Barisan AMT & AMM Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan(BKASJ)
yang hadir memberikan sokongan padu.
_______________________________________________
Team Jawatan Kuasa Pelaksana Dialogue Session 2012.
Yang bertungkus lumus memberikan yang terbaik.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















