6 APRIL 2013

AGM BKASJ KALI KE-18, IRBID.

CARTA ALIR PILIHANRAYA BKASJ 2013

IKUTI SETIAP PERKEMBANGAN PILIHANRAYA BKASJ DI MEDIUM GROUP BKASJ.

HANTAR KARYA KREATIF ANDA KE KAMI

RUANGAN KARYA AHLI BKASJ.

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR JORDAN

KECEKAPAN, KESEPAKATAN, KESATUAN.

Laman Rasmi Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ)

Selamat Datang ke Laman Rasmi BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR JORDAN ~BKASJ keluarga kita~ STUDY VERSION ! | Selamat kembali ke Medan Ilmu fasal Thani dengan jayanya, sama-sama kita berusaha. Bi Taufiq wa Najah `alaikum jamian ^_^. || Sebarang masalah boleh emailkan kepada pihak kami - bkasj@yahoo.com ||

Monday, July 30, 2012

Titik Persamaan : Cabaran Ramadhan dan Mengempur Imtihan

.

بســــــــــــــــــم الله الرحمــن الرحـــــــيم، الحمد لله رب العالمين، نحمده ونصلى على الرسول الكريم، أما بعد.

     Alhamdulillah, segala kesyukuran bagi Allah S.W.T. yang telah memberi kita peluang untuk menghirup nafas dalam madrasah Ramadhan yang menjanjikan segala manfaat dan ganjaran yang tidak berbelah bagi kepada sesiapa yang sedia menghadapinya. Ya, sebagai ‘ Tolibul Redhallah ’ sudah lama kita menantikannya. Berbekalkan azam dengan harapan, agar kita mendapat keputusan yang terbaik berbanding ‘kelas’ Ramadhan yang kita tempuhi pada musim yang lepas.

Kini sebagai ‘ Tolibul `Ilmi ’ pula, dihujung kelas yang sebenar, kita dihadapkan dengan mujahadah menggempur Imtihan Nihaie setelah bersusah payah menghadapi sesi pembelajaran dalam kehangatan musim panas.

Sekarang tiba masanya kita diuji dalam situasi yang berbeza tetapi sama waktunya bagi menggengam suatu kejayaan yang amat diimpikan. Di medan Ramadhan, pastinya kita mahu membuktikan kekuatan Iman  dan Ikhtisab (mengharapkan ganjaran Allah S.W.T.) disepanjang perjalanan sebulan.

Daripada Abu Hurairah R.A., sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda :


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانَاً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Sesiapa mengerjakan puasa Ramadhan kerana imannya (kepada Allah S.W.T.) dan mengharapkan pahala dari-Nya, akan diampunkan untuknya segala dosanya yang lalu”. (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Daripada Abu Hurairah R.A., sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda :


 مَنْ قَاْمَ رَمَضَاْنَ إِيْمَاناً وَاحْتِسَاْباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبـِهِ

“Sesiapa bangun (untuk beribadah) pada malam-malam Ramadhan kerana imannya (kepada Allah S.W.T.) dan kerana mengharapkan pahala dari-Nya, akan diampunkan dosanya yang lalu”.
(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim ).


Di dunia karier kita pula, sudah semestinya kita mahu cemerlang disamping menghadiahkan kejayaan kepada kaum keluarga dan umat Islam khususnya di Selangor. Hal ini pernah kita lafazkan sama ada ketika menghadiri daurah, sebelum berangkat, ketika rindu menghubungi keluarga  dan terus sehingga tamat pengajian.

Nah, mahukah kita persiakan AMANAH dan HARAPAN yang telah kita sematkan sebelum hadir ke madrasah-madrasah ini?  Dulu kita berkhayal untuk melakukan itu dan ini untuk mengejar apa yang dipanggil kejayaan. Kita bercita-cita mahu bertadarus dan mentadabburi al-Qur`an, menghafal hadis-hadis dan menjaga segala etika dalam Ramadhan. Di sudut belajar pula, kita pernah berazam diawal fasal untuk  menaikkan prestasi ilmu selaras kematangan kita di bumi Syam ini.

Oleh itu, mari kita tekan sedikit nafsu dan berkorban masa, tenaga, dan kos untuk mendapatkan Imtiyaz dalam Ramadhan dan Imtihan. Untuk mendapatkan kekuatan supaya kita sentiasa bersedia dengan cabaran ini, Islam telah menetapkan beberapa pedoman dan garis panduan untuk visi yang besar ini. Antaranya ialah :

1)  Niat yang ikhlas dan setiasa memperbaharuinya kerana Allah S.W.T.
    
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab R.A., beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan…..
( Sebahagian potongan hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim ).

     Niat itu sendiri memainkan peranan yang tinggi dalam sesuatu amalan. Setiap amalan kita akan dinilai oleh Allah S.W.T berdasarkan niat. Maka niatlah segalanya hanya kerana Allah S.W.T, kerana sesungguhnya Allah S.W.T tahu apa yang terdetik dalam hati tiap-tiap manusia. Kita hendaklah sentiasa membuat ‘check-list’ hati dan niat sama ada sebelum, semasa, dan selepas melakukan sesuatu. Ingat, buatlah kerana Allah S.W.T.


2)  Berusaha bersungguh-sungguh dengan sehabis mungkin dan motivasikan cabaran dengan ganjaran.

     Sebagai manusia yang diberikan nikmat akal dan kudrat, kita mestilah melihat cabaran itu sebagai motivasi dan terus optimis menghadapinya. Hal ini berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam Surah ar-Ra`dhu ayat  11 yang maksudnya :


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”

Jadi, janganlah kita menghadapi cabaran yang berada dihadapan mata sekarang dengan ala-ala kadar sahaja seperti bak kata pepatah Melayu, “Seperti melepaskan batuk di tangga”. 


Sebaliknya kita sepatutnya tetap melakukan pelbagai usaha untuk memperbaiki keadaan demi mendapatkan ganjaran cabaran-cabaran itu. Kita tidak disuruh bermalasan dan berdiam diri dengan tangan bertongkat dagu untuk mendapatkan hasil yang tidak seberapa. Akan tetapi, gunakan ganjaran yang bakal kita dapat sebagai pemangkin usaha sama ada di medan Ramadhan mahupun medan Imtihan.


3) Doa dan tawakal

    Sebagai seorang muslim yang beriman dengan qadar dan qadha` Allah S.W.T., peranan doa tidak dapat diketepikan sebagai ‘surat cinta’ pengabdian kepada Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Baqarah ayat 186, maksudnya :

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."

Seharusnya kita berusaha dengan mengharapkan bantuan Allah S.W.T. Perbanyakkanlah berdoa dan bermunajat kepada Allah S.W.T. Ditambah dengan fadhilat berdoa ketika berpuasa, agar kita mampu menghadapi cabaran-cabaran dalam mentaati-Nya disamping bermujahadah di medan Imtihan Nihaie.
 

Salam Mujahadah !!!


تقبل الله تعالى طاعاتكم وصيامـكم وقيامكم .. وكل عام وأنتم بخير !!!
من جد وجد ومن زرع حصد ومن سار على الدرب وصل ... مع التوفيق والنجاح !!!     

 

Kepada ahli-ahli BKASJ yang disayangi,
SELAMAT MENEMPUH IMTIHAN NIHAIE & BERSAMA MU RAMADHAN KAREEM DARIPADA KAMI PIMPINAN BKASJ SESI 2012/2013
~ Kehadirannya dirai, Manfaatnya dikecapi~



_______________________________
PENULISAN ILMIAH UNIT TARBIYAH DAN AKADEMIK ( UTA ) BKASJ 2012/2013.
Rujukan : (1) Tafsir al-Qur`an al-Kareem.
               (2) Riyadussolihin li Imam an-Nawawi Rah.

Penulis adalah Ustaz Zulhelman Bin Roslan, mahasiswa takhasus Bahasa Arab dan Sastera, Universiti Al Al-Bayt, Mafraq.