6 APRIL 2013

AGM BKASJ KALI KE-18, IRBID.

CARTA ALIR PILIHANRAYA BKASJ 2013

IKUTI SETIAP PERKEMBANGAN PILIHANRAYA BKASJ DI MEDIUM GROUP BKASJ.

HANTAR KARYA KREATIF ANDA KE KAMI

RUANGAN KARYA AHLI BKASJ.

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR JORDAN

KECEKAPAN, KESEPAKATAN, KESATUAN.

Laman Rasmi Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ)

Selamat Datang ke Laman Rasmi BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR JORDAN ~BKASJ keluarga kita~ STUDY VERSION ! | Selamat kembali ke Medan Ilmu fasal Thani dengan jayanya, sama-sama kita berusaha. Bi Taufiq wa Najah `alaikum jamian ^_^. || Sebarang masalah boleh emailkan kepada pihak kami - bkasj@yahoo.com ||

Saturday, December 01, 2012

SKIM BANTUAN KEWANGAN PELAJARAN 12/13


[ UNIT EKONOMI DAN KEBAJIKAN BKASJ 12/13 ]



~SKIM BANTUAN KEWANGAN PELAJARAN~

-PENGENALAN
Selaras dengan hala tuju Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ) sesi 2012/2013 kali ini iaitu menggarap fungsi utama BKAN dalam mengambil berat kebajikan material ahli, maka pihak BKASJ telah memperkenalkan Skim Bantuan Kewangan Pelajaran ini sebagai salah satu cara untuk membantu ahli-ahli BKASJ yang kurang berkemampuan dari segi aspek material dan kewangan.
____________________________________________________________________

Maka,kami,UNIT EKONOMI DAN KEBAJIKAN BKASJ 12/13, dengan sukacitanya memohon kepada ahli-ahli BKASJ yang mempunyai bebanan kewangan agar memberi kerjasama untuk mengisi borang yang telah kami sediakan agar,sejumlah bantuan dapat disalurkan kepada anda. Borang boleh anda dapatkan melalui link yang disertakan dibawah dan hantar kepada perwakilan mantiqah yang telah di tetapkan.

Perwakilan IRBID:
Shahrul Asyraf
Falah Abdillah
Perwakilan MAFRAQ:
Amsyar Abdullah
Fataatul Mutaaddibah
Perwakilan AMMAN:
Ayub UAyman
Ibnu Umar
Perwakilan MU'TAH:
Mohd Aizuddin
Nursalmie Azam Dkc

Sebarang persoalan berkenaan SKIM ini boleh diajukan secara terus di ROAD TOUR akan datang,ataupun secara personal kepada Muhamad Syamim ( 0779923536 ) bagi syabab dan Che Su Hanani ( 0775943791 ) bagi akhowat,melalui private message di FACEBOOK ataupun talian telefon.

Segala keputusan bergantung pada POLISI yang telah ditetapkan dan budi bicara BADAN PENTADBIR BKASJ 12/13, DAN keputusan adalah MUKTAMAD.

::KITA merancang,DIA merancang,dan sebaik-baik perancangan adalah rancanganNYA::

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 15 DISEMBER 2012 !

Download Borang : KLIK SINI

PROGRAM PENJANAAN EKONOMI BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR JORDAN SESI 2012/2013



PROGRAM PENJANAAN EKONOMI
BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR JORDAN
SESI 2012/2013

·         Program Penjanaan Ekonomi BKASJ 12/13 bertemakan “ Pen DEMOKRASI an Ekonomi BKASJ”  seiring dengan antara hasrat dan misikerajaan Negeri Selangor “ Merakyatkan Ekonomi Selangor”. Sehubungan dengan itu, kami di pihak Unit Ekonomi dan Kebajikan BKASJ 12/13 ingin menyemai suatu rasa tanggungjawab bersama untuk menjana ekonomi BKASJ, ke dalam lubuk hati setiap individu yang mempunyai keahlian BKASJ sama ada rasmi ataupun bersekutu,selaras dengan slogan BKASJ sesi 2012/2013 “Kecekapan, Kesepakatan, Kesatuan”.

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN.

1.      Seiring dengan tema yang telah dipilih, kami telah mengambil insiatif dengan menubuhkan sebuah TEAM PENJANAAN EKONOMI di setiap mantiqah.
2.      Fungsi team ini adalah bekerjasama dengan Unit Ekonomi dan Kebajikan BKASJ dengan menjadi wakil untuk membuat jualan dan seangkatan dengannya di mantiqah masing-masing.
3.      Corak jualan yang telah dirancang adalah jualan berkala,seperti jualan setiap hari ataupun jualan sekali setiap minggu ataupun jualan sekali setiap bulan ataupun jualan di setiap program anjuran Persatuan Zon atau MPMMJ sendiri.
4.      Barangan yang akan dijual bergantung sepenuhnya atas daya kreatif TEAM EKONOMI tersebut dan sumbangan idea ahli BKASJ.

SIAPAKAH SASARAN PEMBELI??

·         Sasaran pembeli yang kami sasarkan adalah masyarakat awam MPMMJ umumnya,dan ahli BKASJ khususnya.

KE MANA PERGI HASIL PROGRAM PENJANAAN INI??

·         Keuntungan dari hasil jualan ini sebahagiannya akan diberikan kepada ahli TEAM EKONOMI ini sebagai tanda penghargaan atas kerjasama dan pengorbanan tenaga yang mereka sumbangkan dalam program penjanaan ini.
·         Sebahagian yang lain pula akan dimasukkan ke dalam akaun kebajikan BKASJ untuk digunakan dalam bantuan-bantuan kebajikan yang kita salurkan kepada ahli yang berhak.

KESIMPULAN dan HIPOTESIS AWAL

Ø  Semakin besar kadar sokongan dan komitmen yang anda salurkan,semakin besar kadar keuntungan yang dapat kita capai bersama,dan semakin ramai warga BKASJ yang dapat kita bantu dari segi aspek material mereka.
 

SENARAI NAMA TEAM EKONOMI 2012/2013
 
Nama
Mantiqah
Muhamad Fahmi bin Nahrawi
Mu’tah
Muhammad Khaidir bin Mahamad
Mu’tah
nur suraya binti mazlan
Mu’tah
Fatimah Az-Zahra’ binti Mahmudin
Mu’tah
Ain Fatahah binti Norazizan
Mu’tah

 
Nama
Mantiqah
Ahmad Hasif bin Mohd Zaini
Irbid
Azizul Raheem bin Azli
Irbid
Wan Nurul Izzah binti Wan Ali
Irbid
Aimi Syazana binti Amir Hassan
Irbid
Nurul Amirah binti Azmi
Irbid
 
 
 
Nama
Mantiqah
Khalis Auzaie bin Zam Zam
Mafraq
Ahmad Musa Al-Nuwayri bin Kamaruzaman
Mafraq
Nur Fitrah binti Abd Hamid
Mafraq
Nurhanis binti Abd Halim
Mafraq
Nabila binti Mohd Nordin
Mafraq
 
 
 
Nama
Mantiqah
Ramzul Hakimi bin Rusli
Amman
Muhammad Fahim bin Mohd Sofiyuddin
Amman
Muhammad Syamel bin Sallehen
Amman
Fatim Nabihah binti Zaharuddin
Amman
Intan Nur Ain binti Mohd Kaim
Amman