ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
Sahabat-sahabat yang disayangi, marilah kita mengambil manfaat daripada kekasih utama kita selepas Allah `Azzawajalla, iaitu Rasulullah SAW. Wasiat baginda amat memberi kesan kepada peribadi para sahabat RA.hum yang dikenali sebagai idola terbaik bagi sekalian manusia biasa yang tidak maksum melalui mursyid kesayangan mereka, Muhammad bin `Abdullah (SAW).
Di sisi Allah SWT, mereka mendapat gelaran " Yang diredhai Allah" dalam Al-Qur`an,kerana menyakini hanya jalan yang dibawa oleh baginda melalui syariat agama Islam adalah sebaik-baik jalan berjaya di dunia dan akhirat.
Marilah kita mengikuti suri teladan kita ini dalam menghidupkan sunnah dan mentaati nasihatnya. Moga-moga kita tergolong dalam kelompok manusia yang telah berjaya di sisi Allah SWT seperti mana sahabat-sahabat baginda.
Jom kita ambil sedikit sebanyak dari input ilmiah ini..
WASIAT RASULULLAH KEPADA PARA SAHABAT
Daripada Mu`az Bin Jabal (RA) bahawa
Rasulullah (SAW) telah bersabda kepadaku:
“Wahai Mu`az, sesungguhnya aku mencintaimu,
maka ucapkanlah;
اللهم أعني على ذكرك وشكرك ÙˆØØ³Ù† عبادتك
“Ya Allah bantulah aku untuk mengingatiMu, untuk bersyukur kepadaMu, dan untuk memperelokkan ibadah-ibadahku
kepadaMu.”
Kemudian, antara wasiat-wasiat Rasulullah (SAW) yang telah Baginda sampaikan kepada sahabat
mulia Abu Dzar al-Ghiffari (RA), bahawa Rasulullah (SAW) bersabda, maksudnya:
“Aku berwasiat kepadamu untuk bertakwa kepada
Allah. Sesungguhnya takwa itu perhiasan bagi semua pekerjaanmu.
Hendaklah
engkau membaca al-Quran dan berzikir mengingati Allah. Jika kamu berzikir
mengingati Allah, sesungguhnya itu adalah zikir (sebutan) namamu di langit dan
cahaya untukmu di bumi.
“Dan hendaklah engkau wahai Abu Dzar, panjang
diamnya kecuali berkata yang baik. Sesungguhnya diam itu menghalau syaitan
daripadamu dan diam itu menolong kamu untuk mengerjakan pekerjaan agamamu.
Janganlah sekali-kali kamu, wahai Abu Dzar, banyak ketawa kerana sesungguhnya
banyak ketawa itu mematikan hatimu dan menghilangkan cahaya wajahmu. Dan
hendaklah engkau mujahadah melawan hawa nafsumu.”
“Sesungguhnya mujahadah melawan nafsu itu
adalah kewajipan umatku. Hendaklah engkau mencintai orang miskin, duduklah
bersama mereka kerana mereka pada hari kiamat esok, mempunyai daulat yang
besar.”
“Wahai Abu Dzar, pandanglah orang di bawahmu,
jangan engkau pandang orang di atasmu, maka yang demikian itu terlebih sayugia
untukmu agar kamu tidak meremehkan nikmat yang Allah berikan kepadamu.”
“Wahai Abu Dzar, janganlah kamu mengata orang
lain apa-apa yang ada pada dirimu sendiri. Cukuplah bagi seseorang itu menjadi
pengecut bilamana dia ada tiga sifat ini; tahu apa yang ada pada semua orang
lain, tetapi tidak tahu apa yang ada pada dirinya; malu orang berbuat sesuatu
sedangkan dia juga melakukannya dan menyakiti makhluk.”
“Wahai Abu Dzar, tiada akal yang terlebih baik
daripada tadbir dan tiada warak yang lebih baik daripada menahan diri daripada
menyakiti orang lain. Tiada kebaikan yang terlebih baik daripada akhlak yang
mulia.”
Semoga wasiat yang ringkas ini dapat dijadikan manfaat untuk kita dalam berusaha menjadikan Rasulullah SAW sebagai hero dalam menelusuri kehidupan yang diredhai-Nya.. Aameen...
"..Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya..”
[Surah Al-Ahzaab 33: 56]
SALAM MAULIDUR RASUL S.A.W !!!
BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR JORDAN (BKASJ) SESI 2012/2013
[ Sunnah dihayati, Qudwah diteladani ]
_______________________________
JAWATANKUASA PENGIMARAHAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL BKASJ 2013
UNIT TARBIYAH DAN AKADEMIK ( UTA ) BKASJ SESI 2012/2013.
0 comments:
Post a Comment