6 APRIL 2013

AGM BKASJ KALI KE-18, IRBID.

Tabung DARUL EHSAN

IKUTI SETIAP PERKEMBANGAN PROGRAM-PROGRAM UNIT KEBAJIKAN BKASJ 13/14.

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR JORDAN

KECEKAPAN, KESEPAKATAN, KESATUAN.

Laman Rasmi Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan (BKASJ)

Selamat Datang ke Laman Rasmi BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR JORDAN ~BKASJ keluarga kita~ STUDY VERSION ! | Selamat kembali ke Medan Ilmu fasal Soifi dengan jayanya, sama-sama kita berusaha. Bi Taufiq wa Najah `alaikum jamian ^_^. || Sebarang masalah boleh emailkan kepada pihak kami - bkasj@yahoo.com ||

Thursday, January 24, 2013

WASIAT KEKASIH KEPADA ORANG YANG DICINTAINYA

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Sahabat-sahabat yang disayangi, marilah kita mengambil manfaat daripada kekasih utama kita selepas Allah `Azzawajalla, iaitu Rasulullah SAW. Wasiat baginda amat memberi kesan kepada peribadi para sahabat RA.hum yang dikenali sebagai idola terbaik bagi sekalian manusia biasa yang tidak maksum melalui mursyid kesayangan mereka, Muhammad bin `Abdullah (SAW). 

Di sisi Allah SWT, mereka mendapat gelaran " Yang diredhai Allah" dalam Al-Qur`an,kerana menyakini hanya jalan yang dibawa oleh baginda melalui syariat agama Islam adalah sebaik-baik jalan berjaya di dunia dan akhirat.  

Marilah kita mengikuti suri teladan kita ini dalam menghidupkan sunnah dan mentaati nasihatnya. Moga-moga kita tergolong dalam kelompok manusia yang telah berjaya di sisi Allah SWT seperti mana sahabat-sahabat baginda.

Jom kita ambil sedikit sebanyak dari input ilmiah ini..



 WASIAT RASULULLAH KEPADA PARA SAHABAT

 Daripada Mu`az Bin Jabal (RA) bahawa Rasulullah (SAW) telah bersabda kepadaku:

“Wahai Mu`az, sesungguhnya aku mencintaimu, maka ucapkanlah;

 
اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك



“Ya Allah bantulah aku untuk mengingatiMu, untuk bersyukur kepadaMu, dan untuk memperelokkan ibadah-ibadahku kepadaMu.”


Kemudian, antara wasiat-wasiat Rasulullah (SAW) yang telah Baginda sampaikan kepada sahabat mulia Abu Dzar al-Ghiffari (RA), bahawa Rasulullah (SAW)  bersabda, maksudnya:

“Aku berwasiat kepadamu untuk bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya takwa itu perhiasan bagi semua pekerjaanmu.

Hendaklah engkau membaca al-Quran dan berzikir mengingati Allah. Jika kamu berzikir mengingati Allah, sesungguhnya itu adalah zikir (sebutan) namamu di langit dan cahaya untukmu di bumi.

“Dan hendaklah engkau wahai Abu Dzar, panjang diamnya kecuali berkata yang baik. Sesungguhnya diam itu menghalau syaitan daripadamu dan diam itu menolong kamu untuk mengerjakan pekerjaan agamamu. 

Janganlah sekali-kali kamu, wahai Abu Dzar, banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hatimu dan menghilangkan cahaya wajahmu. Dan hendaklah engkau mujahadah melawan hawa nafsumu.”

“Sesungguhnya mujahadah melawan nafsu itu adalah kewajipan umatku. Hendaklah engkau mencintai orang miskin, duduklah bersama mereka kerana mereka pada hari kiamat esok, mempunyai daulat yang besar.”

“Wahai Abu Dzar, pandanglah orang di bawahmu, jangan engkau pandang orang di atasmu, maka yang demikian itu terlebih sayugia untukmu agar kamu tidak meremehkan nikmat yang Allah berikan kepadamu.”

“Wahai Abu Dzar, janganlah kamu mengata orang lain apa-apa yang ada pada dirimu sendiri. Cukuplah bagi seseorang itu menjadi pengecut bilamana dia ada tiga sifat ini; tahu apa yang ada pada semua orang lain, tetapi tidak tahu apa yang ada pada dirinya; malu orang berbuat sesuatu sedangkan dia juga melakukannya dan menyakiti makhluk.”

“Wahai Abu Dzar, tiada akal yang terlebih baik daripada tadbir dan tiada warak yang lebih baik daripada menahan diri daripada menyakiti orang lain. Tiada kebaikan yang terlebih baik daripada akhlak yang mulia.”

Semoga wasiat yang ringkas ini dapat dijadikan manfaat untuk kita dalam berusaha menjadikan Rasulullah SAW sebagai hero dalam menelusuri kehidupan yang diredhai-Nya.. Aameen... 

 "..Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya..” 

[Surah Al-Ahzaab 33: 56]

 SALAM MAULIDUR RASUL S.A.W !!! 

BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR JORDAN (BKASJ) SESI 2012/2013

[ Sunnah dihayati, Qudwah diteladani ]




 _______________________________
    JAWATANKUASA PENGIMARAHAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL BKASJ 2013
    UNIT TARBIYAH DAN AKADEMIK ( UTA ) BKASJ SESI 2012/2013.